Buah Nanas Pada berbentuk hampir silinder dengan saiz sederhana. Buah yang belum matang berwarna hijau gelap hingga kuning coklat dan akhirnya masak berwarna kecoklat-coklatan merah. Buah boleh dituai apabila 2-3 belah mata mula berwarna kuning kecoklat-coklatan. Buah masak sepenuhnya seberat 1.5 kg - 4 kg dengan isi berwarna kuning keemasan, sedikit rangup dan sangat manis.
Saturday, 2 April 2016
Ciri-ciri Pokok
Pokok nanas yang matang mempunyai daun yang tirus dengan tompokan merah gelap sepanjang tengah permukaan daun dan berwarna perak kelabu dipermukaan bawah daun. Daun-daun tajam dengan duri-duri di kedua-dua margin. Jambak bunga, berwarna merah jambu dan mengandungi 100-170 kuntum bunga. Daun-daun braktea di pangkal jambak bunga berwarna merah. Mahkota, hijau dan berbentuk kon, 10-15 cm panjang. 3-5 sulur biasanya dikeluarkan oleh setiap pokok nanas.
Nanas Pada (Nanas Sawit)
Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil,Bolivia, dan Paraguay.Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".
Di Malaysia sahaja sudah terdapat pelbagai jenis nanas, antaranya ialah nanas Pada. Nanas Pada ialah nama diberikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak kepada nanas yang popular dengan nama 'Nanas Sawit' di kalangan penduduk di Dalat dan Mukah. Nanas ini telah ditemui oleh Encik Pada b. Isut, salah seorang penanam nanas di Sg Abar Di Kampung Tanam Dalat. Nanas Pada telah dibiakkan oleh Encik Michael Muli serta penduduk kampung.

NENAS DI SARAWAK
Nenas Pada yang popular di Sarawak dan memasng manis.
Subscribe to:
Posts (Atom)